Rasa dan bau Durian

Tanda melarang durian di MRT Singapura

Rasa dan bau durian yang lain daripada yang lain menyebabkan ramai orang melahirkan pandangan yang ghairah dan berbagai-bagai, daripada yang tahu menikmati kepada yang amat jijik. Menulis pada 1856, ahli alamiah British Alfred Russel Wallace menerangkan rasa durian:

Lima sel di dalamnya berwarna putih-sutera, dan dipenuhi oleh isi pejal berwarna putih kuning, dengan kira-kira tiga biji setiap sel. Isi itu ialah bahagian yang boleh dimakan, dan rasa dan kekonsistenannya tidak dapat diperikan. Kastard penuh lemak berperisa badam boleh memberikan idea yang betul, namun sekali-sekala ada hembusan perisa yang mengingatkan pada krim keju, sos bawang, wain syeri, dan hidangan janggal lain. Kemudian ada kelicinan berglutin lemak pada isi yang tidak dimiliki apa-apa yang lain, namun menambah keistimewaannya. Walaupun ia tidak berasid atau manis atau berjus; ia dengan sendirinya telah sempurna, dan tidak memerlukan mana-mana kualiti ini. Ia tidak meloyakan atau menyebabkan kesan buruk lain, dan lebih banyak anda makannya lebih kurang anda hendak berhenti. Malah sebenarnya, memakan Durian ialah suatu perasaan baharu yang berbaloi belayar ke Timur bagi mengalaminya.[25][a]

Wallace sendiri menceritakan bahawa pada mulanya dia keberatan mencuba disebabkan aromanya, "Saya mula merasa durian di Melaka, tetapi durian yang saya dapati atas tanah di Borneo dan makan di luar rumah begitu sedap dan saya serta-merta menjadi pemakan durian."[26][27] Beliau memetik seorang pengembara dari 1599:[b] "ia begitu sedap sekali dan mengatasi buah-buahan lain di dunia ini, menurut mereka yang pernah merasanya." Beliau memetik penulis lain: "Bagi mereka yang tidak mengenalinya, pada mulanya ia berbau seperti bawang busuk, namun sebaik sahaja selepas mereka merasanya mereka lebih menyukainya daripada semua makanan lain. Orang tempatan memberinya gelaran mulia, menyanjungnya, dan menulis puisi mengenainya."[26]

Sementara Wallace sekadar mengingatkan bahawa "bau buah yang masak memang pada mulanya tidak menyenangkan", penerangan kemudian oleh orang barat adalah lebih grafik. Novelis British Anthony Burgess menulis bahawa memakan durian adalah "seperti memakan blancmange raspberi manis dalam tandas".[28] Walaupun telah mencuba makanan yang boleh dikatakan lebih aneh, chef Andrew Zimmern, pengacara Bizarre Foods, tidak dapat menghabiskan seulas durian yang dicubanya, disebabkan ketidaktoleransian beliau terhadap rasa kuatnya. Beliau membandingkan rasanya dengan "bawang lembik yang sama sekali busuk".[29] Anthony Bourdain, pencinta durian, menceritakan pertemuannya dengan buah itu: "Rasanya cuma boleh diperikan sebagai...tidak dapat diperikan, sesuatu yang anda akan sama ada suka atau benci. ...Nafas anda akan berbau seperti anda telah berkucupan lidah dengan nenek anda yang telah meninggal."[30] Perbandingan lain bau durian telah dibuat dengan musang kesturi, kumbahan, muntah lama, semburan skunk dan kapas bedah telah digunakan.[31]

Penerangan yang pelbagai terhadap bau durian mungkin mempunyai banyak kaitan dengan keragaman bau durian itu sendiri. Durian daripada spesies atau klon berbeza boleh memiliki aroma yang amat berbeza; sebagai contoh, durian merah (D. dulcis) memiliki perisa karamel mendalam dengan bau turpentin manakala durian isi-merah (D. graveolens) mengeluarkan haruman badam panggang.[32] Antara kelainan D. zibethinus, kelainan Thai lebih manis rasanya dan kurang berbau berbanding keluaran Melayu.[4] Tahap masak buah itu juga memberi kesan kepada rasanya.[4] Tiga analisis saintifik komposisi aroma durian — dari 1972,[33] 1980, dan 1995 — semuanya menjumpai campuran sebatian meruap termasuk ester, keton, dan sebatian sulfur berlainan, dengan tiada persetujuan sebatian mana yang paling bertanggungjawab terhadap bau tersendiri itu.[4]

Bau yang kuat ini boleh dikesan sehingga setengah batu jauh oleh haiwan. Antara haiwan yang berselera dengan durian ialah tupai, kancil, babi, orang utan, gajah, dan malah harimau yang karnivor.[34][35] Sementara sesetengah haiwan ini hanya memakan isi dan meninggalkan bijinya, ada yang menelan dengan bijinya sekali dan kemudian mengumuhnya di tempat lain, menyebarkan biji durian ke situ.[36] Kulit keras berduri buah ini mungkin menghalang haiwan kecil; namun haiwan besar berkemungkinan membawa biji durian jauh daripada pokok induknya.[37]

Walaupun terkenal di kalangan penduduk tempatan, disebabkan baunya yang kuat, durian dilarang untuk dibawa ke sesetengah tempat, seperti ke dalam kabin pesawat penerbangan, sistem pengangkutan transit awam dan hotel di Asia Tenggara.[38][39]

Rujukan

WikiPedia: Durian http://www.proscitech.com.au/trop/d.htm http://etext.library.adelaide.edu.au/b/banfield/ej... http://aciar.gov.au/files/node/598/mn114-part1.pdf http://southeastasianfood.about.com/od/malaysianfr... http://travel.asiaone.com/Travel/News/Story/A1Stor... http://www.bigfootencounters.com/creatures/mawas.h... http://lipis-ismail.blogspot.com/2007/07/tanaman-d... http://www.drhatta.com/2012/Dis12/PanasDurian.html http://www.foodmarketexchange.com/datacenter/produ... http://www.genefitnutrition.com/durian.pdf